the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Juruteknik maut selepas van dipandu berlanggar dengan treler

DUNGUN: Seorang juruteknik maut selepas van dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor, di Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata Muhammad Aliff Fakrullah, 21, dari Kampung Paman, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kemalangan pada 8.08 malam itu.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa van yang dipandu Muhammad Alif dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kemaman cuba memotong sebuah kenderaan lain, apabila ia berlanggar dengan sebuah treler dari arah bertentangan.

“Pelanggaran menyebabkan van remuk dan pemandu tersepit di tempat duduknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maizura berkata mayat dikeluarkan pasukan bomba dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings