the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kajian pelaksanaan semula UPSR dan PT3 dimulakan tahun ini

KPM akan jalankan kajian menyeluruh keperluan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

SHAH ALAM: Kajian keperluan pelaksanaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dilaksanakan tahun ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata hasil kajian itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.

Beliau meminta semua pihak memberi sedikit masa kepada kementerian untuk melaksanakan kajian yang menyeluruh itu.

Kajian tersebut turut mengambil kira pandangan pemegang taruh, khususnya ibu bapa.

“Mandat itu telah saya berikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM), kita akan buat kajian menyeluruh,” katanya.

Fadhlina berkata penjelasan akan diberikan kepada masyarakat selepas kajian itu selesai.

Beliau bercakap dalam sidang media di Majlis Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina sempena hari pertama kalendar akademik sesi 2026.

UPSR dimansuhkan pada 2021 manakala PT3 dimansuhkan pada 2022 sebelum digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM komited menangani isu buli di sekolah.

Semua pihak akan menandatangani Polisi Perlindungan Murid sebagai janji untuk menjaga dan melindungi anak-anak di sekolah.

Kementerian juga akan memperkenalkan Manual Buku Sekolah Sejahtera, Sekolah Selamat yang kini dalam peringkat akhir.

Beliau turut memaklumkan tiga daripada empat sekolah di sekitar Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang terjejas akibat ribut pada Oktober tahun lalu telah memulakan sesi persekolahan.

Satu lagi sekolah dijangka beroperasi sepenuhnya bulan depan.

Kerja-kerja baik pulih empat sekolah di Sijangkang yang terjejas akibat ribut pada 15 Oktober 2025 dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.

Sebanyak RM10.1 juta diperuntukkan KPM bagi proses baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, SK Jalan Tanjung dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya.

Dalam kejadian pada 4.15 petang itu, empat sekolah terjejas, sebuah dewan dan lebih kurang 40 rumah dilaporkan mengalami kerosakan.

Fenomena ribut itu disifatkan sebagai antara yang terburuk di Selangor dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Selangor to fast-track pig farm relocation to Bukit Tagar

The Selangor government will expedite moving pig farms from Kuala Langat and Sepang to a modern centre in Bukit Tagar by year-end to tackle pollution and ensure sustainability.
spot_img

Popular Categories