the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak perempuan parah dalam kemalangan di Kuang dipercayai terjatuh sendiri

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan yang disahkan mati otak selepas disyaki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan ketika menunggang basikal di Kuang, Khamis lepas dipercayai terjatuh sendiri akibat kaki seluar tersangkut pada rantai basikal.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata ia berdasarkan keterangan lima orang saksi kejadian iaitu dua daripada mereka pergi membantu mangsa selepas melihat kanak-kanak itu terjatuh di atas jalan raya.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap basikal yang ditunggang mangsa berusia 10 tahun itu juga mendapati tiada kesan pelanggaran dengan kenderaan lain.

“Keterangan berkenaan juga selari dengan kesan koyak dan minyak rantai yang terdapat pada seluar yang dipakai oleh mangsa semasa kejadian dan hasil siasatan juga telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa.

“Kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai runcit kira-kira 200 meter dari kawasan sekolah di Jalan Stesen Kuang,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafiz berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat mengenai kejadian itu.

Terdahulu media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun parah selepas terlibat dalam kejadian langgar lari dengan sebuah kenderaan dan disahkan mengalami ‘mati otak’ dan kini bergantung kepada bantuan alat sokongan hayat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings