the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KBS hantar pegawai siasat isu buli pelajar IKBN Miri

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan sedang melakukan siasatan bebas berhubung isu seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Miri yang diperlihat seolah-olah menjadi mangsa kekerasan fizikal baru-baru ini.

Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata pihaknya telah menghantar dua pegawai tertinggi termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Chan Hong Jin ke IKBN Miri awal pagi tadi bagi melakukan siasatan bebas antaranya menyoal siasat pelajar terlibat dalam isu tersebut.

Beliau berkata pegawai terlibat juga telah berbincang dengan polis serta ibu bapa pelajar yang didakwa dibuli dan bersetuju dengan tiga cadangan penambahbaikan segera berhubung isu berkenaan.

“Perbincangan dengan pihak polis dan ibu bapa pelajar telah bersetuju dengan tiga cadangan penambahbaikan segera iaitu mewujudkan pegawai perhubungan institut oleh Polis Diraja Malaysia, melaksanakan ceramah antibuli kepada semua pelajar oleh PDRM setiap tiga bulan, dan penyediaan kotak aduan di dalam institut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hannah berkata Lembaga Tatatertib Pelajar IKBN Miri juga akan bersidang dengan kadar segera bagi menentukan bentuk hukuman kepada pelaku, tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 13 saat tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang.

Video itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dan spekulasi mengenai kemungkinan berlaku insiden buli.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam kenyataan memaklumkan bahawa pelajar terbabit menafikan dirinya dibuli dan mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut.

Mohd Farhan berkata pelajar tersebut bersama ibu dan bapanya telah hadir ke balai polis untuk menjelaskan bahawa kejadian itu hanyalah gurauan rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya pada 19 September lepas tanpa sebarang unsur paksaan atau penderaan.

Bagaimanapun, Hannah berkata pihaknya mahu melakukan siasatan bebas berhubung perkara itu sebagai langkah tambahan bagi melindungi pelajar daripada sebarang kejadian tidak diingini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img