the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kedaulatan Sabah tidak perlu diragui – Hajiji

KOTA KINABALU: Penghakiman penting terakhir Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan pihak mengaku waris Sulu, menandakan kemenangan penting bagi Sabah dan Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ketetapan ini adalah berita baik untuk Sabah dan Malaysia kerana ia secara muktamad menamatkan dakwaan mereka, yang memang tidak pernah diiktiraf oleh Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Menteri berkata kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak perlu diragui dan dicabar oleh sesiapa.

Hajiji berkata keputusan mahkamah itu mengukuhkan lagi kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia, dengan kedaulatannya dilindungi oleh undang-undang.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan bahawa kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda, yang membuat keputusan memihak kepada Malaysia, dan menolak rayuan yang difailkan oleh pihak berkenaan.

Penghakiman yang memihak kepada Malaysia itu, secara berkesan membatalkan tuntutan yang dikemukakan oleh pihak mengaku waris kumpulan Sulu itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings