the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi

KUANTAN: Kegembiraan sebuah keluarga meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila seorang maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok sebelum terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu, Raub, hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa yang juga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata terdapat empat orang termasuk pemandu dalam kereta berkenaan dan dalam perjalanan pulang dari Kampung Lechar, Raub ke Petaling Jaya selepas meraikan Aidilfitri.

“Hasil siasatan awal mendapati, pemandu yang merupakan bapa mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar pokok sehingga menyebabkan kereta berkenaan terbakar.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di hadapan terperangkap dan bapanya cuba untuk menarik keluar, namun gagal menyebabkan mangsa terbakar bersama kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bapa mangsa seorang pesara, Yunus Hassan, 66, mengalami cedera ringan, isterinya, Ainar Ibrahim, 61, (cedera di bahagian kaki) manakala abang mangsa, Muhammad Nazmi Yunus, 29, mengalami cedera di leher dan kesemuanya dihantar ke Hospital Raub untuk rawatan.

Mohd Shahril berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings