the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kejadian tikaman dalam kereta api di UK: 9 parah, dua ditahan

Serangan tikaman dalam kereta api Doncaster-London ragut 10 mangsa cedera, 9 parah. Polis siasat motif dan tahan dua suspek.

LONDON: Seramai 10 orang kini sedang dirawat di beberapa hospital di Britain termasuk sembilan yang cedera parah selepas serangan tikaman di dalam kereta api dari Doncaster ke London King’s Cross lewat Sabtu malam.

Menurut Anadolu Ajansi, dua individu ditahan selepas beberapa mangsa ditikam dalam kejadian di dalam kereta api berkenaan.

Polis Pengangkutan Britain memaklumkan yang pegawai unit antikeganasan sedang membantu siasatan bagi menentukan keadaan serta motif di sebalik serangan.

Saksi kejadian memberitahu BBC, seorang lelaki dengan lengan berlumuran darah dilihat berlari melalui gerabak sambil menjerit, “Mereka ada pisau,” manakala seorang lagi saksi melaporkan melihat polis menggunakan senjata renjat terhadap seorang lelaki di platform.

Perdana Menteri Keir Starmer menyifatkan serangan sebagai “amat membimbangkan” dan menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Saya amat prihatin dengan semua yang terkesan dan saya ucapkan terima kasih kepada pasukan kecemasan atas tindakan pantas mereka,” katanya di X.

Menteri Dalam Negeri Shabana Mahmood berkata beliau “amat sedih” mengenai insiden tikaman itu.

 Saya menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang komen atau spekulasi pada peringkat awal ini,” katanya di X. – Bernama-Anadolu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings