the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Pertahanan harap UPNM pastikan kes Zulfarhan tidak berulang

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan berharap agar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memastikan bahawa kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut universiti itu, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak berulang pada masa hadapan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kawal selia universiti itu bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya, UPNM bertanggungjawab mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara.

“UPNM sebagai universiti pertahanan adalah tempat kita hantar dan pastikan kadet-kadet untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

“Kampus itu terletak dalam kawasan kita dan naib canselor daripada daripada kita. Jadi dalam hal ini kita juga beri perhatian dan kita juga sampaikan kepada pihak pengurusan universiti supaya mereka pastikan ini tidak berlaku di masa hadapan,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini hari ini.

Selasa lepas, Mahkamah Rayuan mendapati enam bekas penuntut UPNM bersalah membunuh Zulfarhan Osman tujuh tahun lepas dan memerintahkan mereka dihukum gantung sampai mati.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UPNM yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 berada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Bagaimanapun Mohamed Khaled percaya UPNM telah mengambil tindakan sewajarnya susulan kes berkenaan.

“Itu berlaku pada 2017, saya percaya selepas itu tiada lagi perkara-perkara ini berlaku maknanya mungkin tindakan-tindakan sewajarnya telah diambil pihak universiti,“ katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka tidak melakukan tabiat seperti membuli, bagi memastikan persekitaran sihat dalam pembelajaran dapat diwujudkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings