the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif

KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN tahun depan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia sebagai pendekatan dan langkah ASEAN dalam mendepani cabaran geopolitik, keselamatan dan pertahanan yang lebih mencabar di peringkat global.

Beliau berkata dengan tema ASEAN Unity for Security and Prosperity, Malaysia bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN dengan efektif dan berkesan buat setiap negara anggota, demi terus memelihara kestabilan dan keselamatan serantau.

“Adalah menjadi tekad Malaysia untuk meneruskan segala pencapaian yang membawa ASEAN ke tahap yang lebih tinggi sekali gus membawa manfaat kepada setiap komuniti negara-negara anggota dan kesejahteraan serantau,“ katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamed Khaled kini berada di Vientiane, ibu negara Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-18 dan ADMM-Plus ke-11 yang berakhir semalam.

Beliau berkata pada akhir mesyuarat itu, Laos turut menyerahkan kepengerusian Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus kepada Malaysia yang disaksikan oleh ketua delegasi setiap negara yang hadir ke mesyuarat itu.

“Tahun 2025 menjadi tahun yang begitu bermakna buat Malaysia. Bukan sahaja kerana Malaysia akan mempengerusikan ASEAN, bahkan ia merupakan ulang tahun ke-10 penubuhan Komuniti ASEAN, malah Malaysia akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045,“ katanya.

Malaysia telah memegang tampuk kepengerusian ASEAN pada tahun 1977, 1997, 2005, dan 2015, yang menyaksikan setiap kali kepengerusian dijalankan, Malaysia memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama serantau dan mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings