the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan akan pastikan liputan internet secukupnya untuk pelajar – TPM Ahmad Zahid

KUANTAN: Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan juga akan memastikan tiada lagi situasi pelajar terpaksa memanjat pokok hanya untuk mendapatkan liputan Internet.

“Saya sudah beritahu Menteri Digital (Gobind Singh Deo), mulai akhir tahun ini sehingga seterusnya tidak ada lagi pelajar yang panjat pokok untuk dapatkan liputan kerana kita ada 5G.

“Kita ada 5G, maka hal ini kita akan terus buat coverage bagi kawasan pendudukan rendah, low density, agar dapat beri liputan terutamanya di kawasan Felda, desa, Orang Asli dan pedalaman wajib diberikan coverage secukupnya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata sebanyak 8,104 makmal komputer di sekolah perlu dinaik taraf dan mampu digunakan sepenuhnya oleh guru dan murid sekolah dalam usaha memastikan Dasar Pendidikan Digital mencapai objektif yang digariskan.

“Saya pohon pihak kementerian (Kementerian Pendidikan) untuk jadikan perkara ini keutamaan agar kerja dan peranan para guru sebagai “Jauhari Digital” dipermudahkan. Selain itu, saya turut dimaklumkan pembekalan peranti pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid di makmal komputer telah kita laksanakan secara berfasa.

“Bermula dari 2022 sehingga kini, ia telah memanfaatkan 11,220 sekolah dengan 213,014 unit komputer riba telah disediakan. Saya akan berbincang bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) agar dana tambahan untuk pembekalan peranti ini dapat diluluskan seperti yang dipohon oleh pihak kementerian,” katanya.

Beliau juga berkata akan turut berbincang dengan Perdana Menteri supaya Kementerian Pendidikan (KPM) akan diberikan bajet lebih tinggi dalam belanjawan akan datang berbanding sebelum ini sekitar RM58.7 bilion dalam Bajet 2024 dalam menyediakan peralatan pembelajaran mencukupi serta pelbagai inisiatif lain.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata negara yang ketika ini berada dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR), memerlukan sistem pendidikan yang melahirkan murid fasih teknologi digital agar mereka dapat dipersiapkan untuk bersaing dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan yang selari dengan evolusi dunia digital.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings