the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan belum bersedia jadikan tanaman padi huma pengeluaran berskala besar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) belum bersedia menjadikan penanaman padi bukit atau padi huma yang kini diusahakan secara tradisi, kepada pengeluaran berskala besar, Dewan Negara diberitahu.

Timbalan menteri berkenaan Chan Foong Hin berkata ketika ini, kegiatan penanaman padi itu hanya dilakukan secara kecil-kecilan oleh masyarakat setempat dan Orang Asal terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Dari segi komitmen, usaha kerajaan untuk memajukan lagi penanaman padi huma telah ditunjukkan melalui pemberian peruntukan sebanyak RM50 juta sepertimana diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri.

“Cuma buat masa ini, kita belum bersedia untuk melaksanakan penanaman dalam skala lebih besar kerana kegiatan ini hanya dilakukan secara tradisi oleh penduduk setempat dan bukannya bersifat besar-besaran,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail pada sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Hussin ingin tahu kesediaan kerajaan untuk menjadikan penanaman padi huma ke arah pengeluaran berskala besar termasuk aspek penyelidikan dan pembangunan.

Chan berkata dari segi kajian dan penyelidikan, kementerian telah berinteraksi dengan pelbagai pihak termasuk Khazanah Research Institute bagi merencana perkembangan industri padi huma yang disifatkan sebagai produk beras dengan nilai komersial tinggi.

“Untuk memajukan aktiviti penanaman padi huma kepada industri berskala besar dan berorientasikan eksport, kita perlu melakukan pelbagai pelarasan termasuk Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 kerana kerajaan tidak menggalakkan pengeksportan beras.

“Namun, penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta yang dibuat kerajaan boleh menjadi satu langkah permulaan yang baik ke arah memajukan lagi aktiviti penanaman tanaman padi tradisi ini pada masa akan datang,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober lepas mengumumkan kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan subsidi padi bukit atau padi huma daripada RM40 juta kepada RM50 juta dan ia antara lain bakal meluaskan kawasan penanaman padi bukit daripada 43,000 hektar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings