the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan bentang hala tuju ekonomi 2026 di Forum Ekonomi Malaysia

Kerajaan akan bentangkan fokus dan hala tuju ekonomi negara untuk 2026 pada Forum Ekonomi Malaysia, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan fokus dan hala tuju ekonomi negara untuk tahun 2026 pada Forum Ekonomi Malaysia.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata persiapan forum itu akan diadakan pada awal Februari ini.

Beliau berkata tahun ini negara akan mula merasai kesan Perang Tarif Amerika Syarikat yang menyebabkan ketidaktentuan ekonomi.

Ketegangan geopolitik juga dijangka memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

“Menyusun keutamaan untuk kita menetapkan halatuju ekonomi bagi beberapa minggu pertama tahun 2026 ini adalah amat penting,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kementerian Ekonomi telah menyusun 25 taklimat yang akan disusuli dengan perbincangan terperinci berkaitan dasar dan pelaksanaan hala tuju negara.

Kerajaan juga akan berbincang dengan pelbagai pemegang taruh dan pihak yang mempunyai kepentingan strategik buat negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings