the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan disaran kaji kenaikan gaji jurubahasa mahkamah

Presiden Mahkamah Rayuan gesa kerajaan pertimbang kenaikan gaji jurubahasa mahkamah bagi atasi kekurangan tenaga kerja bahasa Cina dan Tamil

KUALA LUMPUR: Isu kekurangan jurubahasa mahkamah, khususnya bagi bahasa Cina dan Tamil perlu diberi perhatian serius dengan kerajaan disaran mengadakan perbincangan melibatkan agensi serta pihak berkaitan untuk mempertimbangkan tentang kenaikan gaji.

Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais berkata cadangan untuk kenaikkan gaji itu merupakan usaha tepat bagi menghargai jasa jurubahasa sedia ada sekali gus menarik minat lebih ramai individu untuk menceburi profesion tersebut.

“Saya berharap kerajaan akan dapat mengkaji perkara ini dan jika boleh laksanakan secepat mungkin kerana tanpa jurubahasa mahkamah tidak akan dapat bersidang. 

“Oleh itu, sebagai menghargai kerja yang dilakukan oleh jurubahasa, saya secara peribadi menyokong penuh agar mereka dinaikkan dan dipertimbangkan untuk kenaikan gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Mesyuarat Agung (Luar Biasa) Dwi Tahunan Kali Ke-19 Kesatuan Jurubahasa-Jurubahasa dan Penterjemah-Penterjemah Kementerian Kehakiman Malaysia Barat (KJDP) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.

Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin meminta kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji permulaan jurubahasa mahkamah bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja, khususnya bagi bahasa Cina dan Tamil.

Beliau ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat berkata langkah itu wajar diberi perhatian memandangkan peranan jurubahasa amat penting dalam memastikan kelancaran sistem kehakiman negara.

Sementara itu, Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata jurubahasa diibaratkan tulang belakang dalam memastikan kelancaran prosiding mahkamah kerana tanpa khidmat mereka kemungkinan ia tidak dapat berfungsi dengan efisien.

“Sebagaimana yang kita tahu, kerja di mahkamah tidak boleh dilakukan secara sendirian kerana ia merupakan kerja sepasukan.

“Pengantara (jurubahasa) harus dilihat dari aspek yang lebih besar kerana jurubahasa bukan setakat menterjemahkan sesuatu bahasa yang digunakan dalam prosiding mahkamah malah lebih daripada itu,” katanya yang teks ucapan dibacakan oleh Abu Bakar pada majlis itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings