the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan pastikan penggunaan elektrik, air efektif seiring peningkatan pusat data – Liew

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan penggunaan bekalan elektrik dan air secara efektif yang seiring dengan peningkatan pelaburan pusat data ke negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata usaha berkenaan bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik dan air dikawal dan digunakan secara efektif.

Menurutnya mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) pada Jun bersetuju dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bahawa penambahbaikan dasar penerimaan pelaburan pusat data harus dilakukan berasaskan beberapa faktor.

“Antaranya adalah menyediakan garis panduan bagi Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) dan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE) serta penyediaan tenaga boleh baharu yang mencukupi bagi memudah cara pelaburan pusat data kecerdasan buatan (AI) di negara kita.

“Mesyuarat itu juga mengarahkan MITI dan MIDA untuk mewujudkan program vendor tempatan bagi membangunkan ekosistem digital secara keseluruhan,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai usaha yang diambil MITI dan agensi berkaitan untuk mengawal selia pelaburan pusat data.

Liew berkata pelaburan AI di negara ini dalam trend positif dengan adanya komitmen pelaburan syarikat teknologi gergasi global seperti Amazon Web Services, Nvidia, Microsoft dan Google.

“Melalui pelaburan berkaitan AI, MITI dan kerajaan bermatlamat untuk membangunkan ekosistem ekonomi digital yang menyeluruh dan menggalakkan penggunaan teknologi AI dalam pelbagai bidang termasuk industri pembuatan pintar,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings