Wednesday, October 29, 2025
31.4 C
Malaysia
spot_img

Kerajaan perinci usaha pendigitalan dan AI dalam pengajaran KAFA

The Sun Webdesk

Kerajaan sedang meneliti pendigitalan KAFA termasuk penggunaan AI dalam pengajaran bagi memperkukuh sistem pendidikan agama di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan pendigitalan di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) termasuk penggunaan kecerdasan buatan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata inisiatif itu dilaksanakan melalui kerjasama JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri serta Majlis Agama Islam Negeri.

“Kita akan cuba untuk memperluaskan lagi usaha ini dengan lebih baik dan saya ambil maklum bahawa keperluan digital adalah sangat penting tetapi memerlukan satu kajian terperinci kerana melibatkan kos,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menekankan komitmen untuk memastikan semua pelajar mendapat akses kepada KAFA tanpa ada yang tercicir.

Zulkifli berkata kerajaan sudah memulakan beberapa usaha ke arah integrasi digital dalam KAFA termasuk penyediaan program latihan profesional kepada guru.

Program latihan tersebut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Mengenai pemantauan dan penguatkuasaan silibus KAFA, beliau berkata kerajaan turut menyemak semula kurikulum, buku teks dan garis panduan pemantauan.

“Kita ada 6,588 premis yang merangkumi kira-kira 1.4 juta pelajar KAFA,” katanya.

Kerajaan juga mengadakan program latihan dan pembangunan profesional bagi guru-guru KAFA untuk memastikan pemahaman silibus dan pengajaran berkesan.

Di peringkat negeri, penyelia KAFA akan menyelia 100 orang guru dengan 383 penyelia memantau 36,500 guru KAFA di seluruh negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Arrow Electronics Supports EMASS in Driving Ultra-Low-Power Edge AI Technology with ECS-DoT SoC

Arrow Electronics and EMASS — a global provider of technology solutions, and an edge-AI-focused-semiconductor developer, respectively — have announced a collaboration to accelerate the deployment of ultra-low-power edge AI solutions across wearables, industrial IoT and smart sensing devices, using EMASS's ECS-DoT System on Chip (SoC).

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img