the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk RM3.28 juta kepada peladang MADA terjejas banjir

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM3.28 juta kepada peladang-peladang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang terkesan akibat banjir di Kawasan Muda tahun lepas.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata peruntukan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) itu diluluskan untuk 2,546 peladang yang terjejas.

Beliau berkata bencana banjir yang melanda pada Ogos dan September 2023 itu mengakibatkan kawasan sawah seluas 3,276.4 hektar mengalami kerosakan.

“Kerajaan memperuntukkan wang ihsan melalui KPKM kepada MADA bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pesawah-pesawah MADA serta memberikan suntikan modal kepada pesawah-pesawah bagi aktiviti penanaman padi musim 1/2024 yang telah bermula pada 17 April lalu,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan TBTP sempena MADA Day 2024 di Ibu Pejabat MADA di sini, hari ini.

Mohamad berkata daripada jumlah keseluruhan bantuan tersebut, sebanyak RM59,544 diperuntukkan kepada 35 orang peladang di kawasan MADA Wilayah I Perlis.

Sebanyak RM705,912 pula disalurkan kepada 566 orang peladang di kawasan Wilayah II Jitra; kawasan MADA Wilayah III Pendang sebanyak RM1.8 juta (1,156 peladang) dan Kawasan Wilayah IV Kota Sarang Semut RM715,415 (789 peladang).

Sementara itu, Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh berkata pihak KPKM menerusi MADA, sentiasa mengambil berat khususnya perkara berkaitan kebajikan golongan pesawah di Kawasan Muda.

“Tugas serta peranan kementerian bersama pasukan dari jabatan dan agensi di bawahnya akan sentiasa menongkah arus dalam membawa gelombang perubahan sejajar dengan peredaran zaman, dengan berteraskan hasrat yang jitu bagi mengangkat agenda pemerkasaan kebajikan golongan petani, nelayan, penternak dan pesawah ke arah lebih baik,“ katanya.

Program MADA Day sempena Ulang Tahun Penubuhan MADA Ke-54 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, menyediakan platform bagi menggalakkan penyertaan peladang, usahawan serta warga MADA untuk berinteraksi serta bertukar pandangan, ilmu pengurusan berkaitan mekanisasi efisien dan percambahan idea baharu bagi melestarikan rantaian nilai tanaman padi dan industri makanan.

Antara program dan aktiviti menarik sepanjang MADA Day termasuk Pameran Road To MAHA 2024, sukan rakyat, ceramah agama, taklimat Jom Masuk TVET, seminar teknologi pertanian dan keusahawan, Jualan Rahmah dan Jualan Agro MADANI serta pameran jabatan dan agensi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img