the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan sedia berikan projek bantu koperasi PDRM – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia memberikan beberapa projek yang bersesuaian bagi membantu Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad meningkatkan keuntungan, berbanding menyalurkan dana tambahan secara langsung.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dapat memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan efisien selain setiap projek memberikan faedah kepada hampir 100,000 ahli koperasi.

“Satu projek yang diberikan dan diluluskan kerajaan, manfaatnya adalah kepada 100,000 orang. Ia munasabah berbanding kita berikan suntikan dana secara terus, geran bantuan kewangan.

“… lebih baik bagi projek, kerja lebih baik, kos munasabah, cepat siap dan efisien,” katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM Berhad ke-90 di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta pihak pengurusan koperasi PDRM mengemukakan laporan prestasi kepada beliau dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagi meneliti potensi ruang kerjasama yang boleh diteroka.

“Saya akan berikan arahan kepada Menteri Kewangan II dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk mencari jalan untuk memastikan keuntungan yang diperoleh Koperasi PDRM memberikan manfaat kepada ahlinya,” katanya.

Turut hadir Saifuddin Nasution dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua Koperasi PDRM Berhad.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan akan melihat segala aspek yang boleh dibantu untuk meringankan beban pengurusan serta memberikan potongan munasabah ke atas hutang premis Kolej UNIKOP di Cyberjaya, milik Koperasi PDRM Berhad.

“Saya tak fikir kita wajar lupuskan (hutang) semua, tetapi saya fikir berdasarkan prestasi polis dan pengurusan yang baik sekarang, kita berikan potongan (hutang) munasabah,” katanya.

Terdahulu, Razarudin dalam ucapannya memohon kerajaan mempertimbangkan rayuan pengurangan bayaran sewa dan hapus kira hutang premis Kolej UNIKOP Cyberjaya bagi 2024 kepada pihak Cyberview Sdn Bhd.

Razarudin berkata kelulusan permohonan berkenaan akan mengukuhkan lagi usaha menaik taraf kolej sebagai universiti kepolisan dan keselamatan yang unggul di rantau Asia Tenggara.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata pengurusan Koperasi PDRM Berhad yang mewakili ratusan ribu ahli mutakhir ini merekodkan prestasi memberangsangkan sekali gus dapat memberikan pulangan lebih baik kepada ahlinya.

“Kalau pengurusan itu baik dan tatakelolanya juga baik, prestasi (hasil) bagi ahlinya juga akan jauh lebih baik. Prestasi ini juga sekali gus telah meletakkan Koperasi PDRM di kedudukan yang tinggi ketimbang koperasi lain di negara kita,” katanya.

Anwar berkata dalam usaha memastikan kebajikan rakyat khususnya anggota PDRM terus terbela, pandangan daripada Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri amat diperlukan.

“Kita tidak boleh lagi kekal dengan cara dan keadaan lama sahaja… negara catat kejayaan membanggakan, pertumbuhan lima peratus dengan pelaburan semalam saya umumkan masih meningkat 3.1 peratus bagi suku pertama tahun ini dalam keadaan ekonomi dunia terencat.

“Tetapi ukuran akhirnya itu adalah ukuran kepada tahap keselesaan rakyat, rumah mereka, hospital, sekolah dan kos sara hidup. Inilah yang sedang Kerajaan MADANI tangani,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings