the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan setuju tubuh Ombudsman Malaysia untuk perkukuh tadbir urus awam

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Kerajaan persetuju tubuh Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat urus aduan awam, rang undang-undang dijangka dibentang awal 2026

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat untuk mengurus dan menyelesaikan aduan awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan mempunyai mandat menyeluruh merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.

Beliau berkata perkara itu antara persetujuan penting yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8.

Anwar mempengerusikan mesyuarat itu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Beliau berkata penubuhan Ombudsman Malaysia menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh hak rakyat serta memelihara integriti sektor awam.

Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dijadual dibentangkan pada awal 2026.

“Melalui Mesyuarat JKKTN Siri 8 pagi ini, beberapa persetujuan penting membabitkan pembaharuan dasar dan perundangan telah dicapai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata ia bertujuan memperkukuh keberkesanan serta integriti pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam.

Beliau berkata kerajaan turut memberi penekanan terhadap peningkatan tahap pematuhan korporat bagi syarikat yang mengurus dana awam.

Ini bagi memastikan mandat sosial mereka dilaksanakan mengikut standard tadbir urus yang baik serta berpaksikan kerangka undang-undang lebih tersusun.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ini termasuk cadangan penggubalan undang-undang baharu bagi menyelaras Perusahaan yang Dimiliki atau Dikawal oleh Kerajaan (SOE).

Ia turut merangkumi anak syarikat badan berkanun.

“Persetujuan ini mencerminkan iltizam teguh Kerajaan MADANI untuk memacu reformasi institusi, dasar dan perundangan secara holistik,” katanya.

Beliau berkata ia demi mengukuhkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ketelusan pentadbiran negara dan mutu perkhidmatan awam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar vows to fast-track UM student housing project, warns contractors

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has pledged to personally oversee Universiti Malaya’s (UM) student housing project, rejecting its proposed 2030 completion timeline and warning that underperforming contractors would be replaced.

Most Viewed

spot_img