the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan teruskan perbincangan dengan Terengganu, FELDA isu ladang

Kerajaan Persekutuan akan teruskan perbincangan dengan Kerajaan Terengganu dan FELDA untuk selesaikan pertikaian 10 ladang FELDA

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan akan meneruskan perbincangan bersama wakil Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk mencari penyelesaian dalam isu pertikaian 10 ladang FELDA dan FGV Holdings Berhad (FGV) di negeri itu.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata keperluan perbincangan itu disetujui oleh semua pihak semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Zulkifli Ali, semalam. 

“Jadi kita turuti proses itu sebelum kita buat apa-apa keputusan. Mungkin pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang, ada beberapa perkara yang akan dibangkitkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tetapi setakat petang semalam pertemuan tersebut telah berlangsung dan perbincangan akan diteruskan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Kempen Internet Selamat 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, di sini hari ini. 

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Abdul Karim Fakir Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin. 

Dalam pada itu, Fahmi berkata buat masa ini tiada perbincangan melibatkan kerajaan negeri dan Jemaah Menteri berhubung perkara berkenaan. 

Pada Ahad lepas, kerajaan Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar di negeri itu, selepas mendakwa selama lebih 40 tahun tanah berkenaan diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan.

Penyerahan notis dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings