the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerani firma guaman didakwa pecah amanah

KUALA LUMPUR: Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.

Nur Atikah Razali, 32, didakwa melakukan pecah amanah wang yang diamanahkan kepadanya di firma guaman tersebut di Brickfields di sini, antara 14 Jan dan 21 April 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan mohon agar tertuduh diikat jamin RM15,000.

Nur Atikah, yang tidak diwakili peguam memohon jaminan tersebut dikurangkan.

Hakim Datin Sabariah Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings