the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama DUN-Parlimen kunci selesa isu infrastruktur Lamag

Calon BN PRK DUN Lamag seru pengundi pilih wakil kerajaan bagi mudahkan saluran peruntukan selesa masalah infrastruktur asas kampung

KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob, yakin kerjasama erat antara pemimpin DUN dan Parlimen daripada blok kerajaan mampu selesa masalah infrastruktur asas penduduk.

Beliau menyeru pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Lokan memilih wakil kerajaan bagi memudahkan penyaluran peruntukan untuk pembangunan berterusan.

“Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan memilih calon daripada parti kerajaan supaya suara rakyat dapat dibawa ke peringkat DUN dan juga Parlimen,” katanya semasa program santai di kampung itu.

Mohd Ismail turut memberi jaminan usaha menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk yang bergantung pada tadahan air hujan akan direalisasikan dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Telupid Datuk Jonnybone J. Kurum berkata adalah kerugian besar jika pengundi memilih wakil pembangkang.

Beliau menegaskan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri lebih stabil dan mempunyai agenda pembangunan jelas menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

PRK DUN Lamag pula ialah pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail dengan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari pengundian awal manakala hari pengundian pada Sabtu ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings