the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kertas siasatan kes pelajar jatuh asrama sedang dilengkapkan – KP Selangor

SHAH ALAM: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam pada 24 Ogos lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata langkah itu dibuat selepas pihaknya selesai melakukan siasatan di tempat kejadian termasuk penelitian rakaman kamera litar tertutup di kawasan asrama.

Beliau berkata ramai individu telah dirakam percakapan bagi membantu dan melengkapkan kertas siasatan terbabit.

Siasatan berjalan dengan cukup aktif dan telah merakam banyak keterangan untuk membantu siasatan termasuk siasatan di tempat kejadian telah selesai sebenarnya.

Kini kertas siasatan sedang dikemas kini untuk diangkat bagi rujukan pihak pendakwaan negeri untuk memohon nasihat dan pendapat tindakan selanjutnya.

Shazeli berkata pihaknya masih belum dapat mendedahkan sama ada kes berkenaan mempunyai unsur buli atau sebaliknya sehingga taklimat penuh diberikan kepada pejabat pendakwaan negeri.

Beliau berkata mangsa kini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan belum sedarkan diri.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini namun kita memperoleh beberapa petunjuk positif dan hala tuju siasatan hasil daripada rakaman keterangan ramai individu.

Kes masih disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings