the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes pemalsuan laporan kesihatan tuntutan Perkeso, seorang lagi doktor dikesan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lagi doktor bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Pulau Pinang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata doktor yang telah dikenal pasti itu bekerja di sebuah hospital di Pulau Pinang.

“Tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini sambil memaklumkan pihaknya telah mengesan 19 kes membabitkan kegiatan berkenaan.

Terdahulu di Pulau Pinang, tiga doktor antara 33 individu direman satu hingga tiga hari bermula hari ini mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas menerima permohonan daripada SPRM.

Difahamkan kesemua mereka ditahan dalam operasi semalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang dan keseluruhan tuntutan palsu yang dibuat sejak 2017 hingga kini berjumlah kira-kira RM2.1 juta.

Dalam perkembangan lain, Azam memaklumkan pihaknya sedang mengesan seorang pegawai Jabatan Imigresen bagi membantu siasatan kes ‘Op Setting’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata berdasarkan siasatan individu berkenaan mempunyai pengaruh dalam kalangan anggota Jabatan Imigresen yang terlibat dalam sindiket berkenaan walaupun tidak mempunyai jawatan tinggi.

“Dia telah melarikan diri sebaik operasi bermula dan kami percaya dia masih berada di dalam negara,“ katanya.

Pada 29 Ogos lepas, Azam memaklumkan pihaknya menahan 13 individu termasuk dua penguat kuasa di KLIA kerana disyaki terlibat dengan sindiket membawa masuk warga asing.

Hasil siasatan mendapati mereka memudahkan kemasukan warga asing terbabit ke negara ini tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen melalui kaunter tertentu.

Sehari sebelumnya, seorang warga Myanmar yang juga ejen sindiket didakwa di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 kerana memberi rasuah RM5,650 kepada penguat kuasa imigresen sebagai upah melepaskan kemasukan sembilan individu dari negara itu di pintu masuk KLIA2 tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKSTP Leads Largest-Ever Hong Kong Delegation to BIO 2026 Showcasing Life and Health Tech...

HONG KONG SAR/SAN DIEGO, UNITED STATES - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP), in collaboration with InvestHK as co-organiser, the Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) as supporting organisation, and five renowned local universities - The University of Hong Kong, The Chinese University of Hong Kong, The Hong Kong University of Science and Technology, The Hong Kong Polytechnic University and City University of Hong Kong - to form the city's largest-ever delegation of life and health technology innovators to the BIO International Convention 2026 (BIO 2026) in San Diego, from June 22 to 25.

Vinpearl secures USD 255 million from international investors, affirming long-term growth prospects

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vinpearl Joint Stock Company announced the successful closing of a USD 255 million strategic investment from SeaTown Private Credit Fund III, a private credit fund managed by SeaTown Holdings International (SeaTown), and Oman Investment Authority (OIA), Vietnam Oman Investment (VOI).

SumiSaujana eyes regional growth as shareholders endorse strategy

The group remains cautiously optimistic on the oil and gas sector, buoyed by stable upstream activity across key Asian markets and steady demand for specialty chemical solutions, as shareholders approved all resolutions tabled at its second AGM.

VEC forges strategic partnerships with leading industry players to advance international exhibitions and events...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vietnam Exposition Center (VEC) has signed strategic Memoranda of Understanding (MOUs) with leading partners in the exhibition, events, and trade promotion sectors, including Informa Markets, NC Network, Exporum, Vinexad, Chaoyu Expo, and the Vietnam Exhibition & Convention Association (VECA).

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings