the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes penipuan dalam talian meningkat 20% di Terengganu

Polis Terengganu catat 1,223 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM24.12 juta dari Januari hingga Oktober 2024

KUALA TERENGGANU: Kes jenayah penipuan dalam talian di Terengganu meningkat 20 peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Sebanyak 1,223 kes direkodkan berbanding 1,019 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Jumlah kerugian yang dicatatkan meningkat kepada RM24.12 juta berbanding RM19.97 juta pada 2024.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata belian dalam talian merekodkan jumlah tertinggi iaitu 457 kes.

“Ini diikuti pelaburan (238 kes), penipuan panggilan telefon (196 kes), pinjaman tidak wujud (162 kes), tipu tawaran (137 kes) dan love scam (33 kes),” katanya.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu telah membuka 1,755 kertas siasatan dengan 1,223 daripadanya melibatkan penipuan dalam talian.

“Kontinjen Terengganu juga melakar kejayaan apabila berada pada ranking pertama pemulangan wang melibatkan jenayah komersil iaitu RM629,124,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua JSJK di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Pada majlis itu, Pegawai Penyiasat Siasatan Pelaburan Sindiket JSJK Bukit Aman DSP Shahriman Shaari dinaikkan pangkat kepada Supt dan dilantik sebagai Ketua JSJK Terengganu.

Mohd Khairi mengingatkan mangsa penipuan untuk membuat laporan segera ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan menerusi talian 997.

“Mangsa yang membuat laporan segera setelah mendapati berlaku transaksi mencurigakan mempunyai peluang lebih tinggi kerana polis boleh menyiasat, membeku (akaun) dan memohon dengan mahkamah agar wang dipulangkan,” katanya.

Beliau menegaskan jika kes sudah berbulan-bulan, sukar untuk pihak polis membantu mangsa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings