the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes rasuah lesen mineral Albert Tei di Sabah bermula April depan

Perbicaraan kes rasuah lesen mineral melibatkan ahli perniagaan Albert Tei dan dua bekas ADUN Sabah dijadualkan bermula pada 20 hingga 24 April depan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Perbicaraan kes ahli perniagaan Albert Tei berkaitan permohonan lesen penerokaan mineral di Sabah akan bermula pada 20 hingga 24 April depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu selepas pengurusan praperbicaraan hari ini. Sebanyak 15 saksi dijangka dipanggil sepanjang perbicaraan nanti.

Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi menyerahkan dokumen dan cakera padat berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan hari ini.

Pada 30 Jun lepas, Tei dan dua bekas ADUN Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di Sabah pada 2023.

Bekas ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob didakwa menerima wang suapan RM200,000 daripada Tei sebagai dorongan membantu menguruskan permohonan lesen penerokaan mineral di Sabah pada 6 Mac 2023.

Bekas ADUN Tanjung Batu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy pula didakwa menerima wang suapan RM150,000 daripada Tei pada 12 Mei 2023 atas tujuan yang sama.

Tei didakwa atas dua pertuduhan memberikan wang rasuah masing-masing kepada Yusof dan Andi di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Pihak pembelaan terdiri daripada peguam Edward Paul, Batholomew Jingulam dan Jul Hamri Jumhani.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings