Tuesday, November 11, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes rogol di sekolah peringatan untuk perkukuh pendidikan moral – Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR: Kes rogol yang didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah di Melaka baru-baru ini perlu menjadi peringatan kepada semua pihak untuk memperkukuh pendidikan moral, disiplin dan mekanisme keselamatan di sekolah.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata insiden itu menunjukkan keruntuhan moral dan disiplin serius yang tidak boleh diabaikan.

Beliau menegaskan sekolah seharusnya menjadi persekitaran selamat untuk pembelajaran serta perkembangan diri.

“Hakikat jenayah serius seperti itu boleh berlaku dalam kelas tidak boleh diterima sama sekali dan menunjukkan kelemahan dalam pengawasan, pendidikan moral serta kesedaran tentang rasa hormat dan izin serta kelakuan wajar dalam kalangan pelajar,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata kejadian itu seharusnya menjadi peringatan kepada ibu bapa, golongan pendidik dan pihak berkuasa untuk memperkukuh pembangunan moral serta emosi anak muda.

“Selain pencapaian akademik, penekanan lebih besar mesti diberikan kepada pembentukan sahsiah, pendidikan nilai dan pemahaman tentang perbuatan yang betul dan salah,“ katanya.

Lee menggesa Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula prosedur keselamatan dan memperkukuh pengawasan dalam kawasan sekolah.

Beliau juga menekankan perlunya memastikan perkhidmatan kaunseling dan saluran pelaporan sulit disediakan untuk pelajar yang menjadi mangsa atau saksi kejadian seperti itu.

“Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dengan berkomunikasi secara terbuka bersama-sama anak tentang hormat, empati dan akibat daripada tingkah laku berbahaya.”

“Masyarakat mesti bersatu untuk mewujudkan persekitaran yang bukan hanya mengecam perbuatan seperti itu, tetapi juga mencegahnya daripada berlaku menerusi pendidikan dan bimbingan,“ katanya.

Beliau menggesa siasatan penuh dan telus dijalankan terhadap kes itu supaya tindakan disiplin dan undang-undang tegas dikenakan terhadap mereka terlibat.

Lee turut menekankan sokongan menyeluruh perlu diberikan kepada mangsa.

“Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk berasa selamat di sekolah dan kita mesti bertindak tegas untuk memulihkan keyakinan serta keselamatan dalam sistem pendidikan,“ katanya.

Semalam, polis mengesahkan empat pelajar lelaki 17 tahun yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bulan depan direman enam hari selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah di Alor Gajah minggu lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Kejadian didakwa berlaku pada 2.50 petang 2 Oktober di dalam kelas semasa mangsa berpatah balik untuk mengambil bahan projek mata pelajaran sains yang tertinggal. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

8 in 10 people in Singapore delayed medical care to prioritise work and avoid burdening family

According to a new Economist Impact study commissioned by Prudential, 8 in 10 Singaporeans delayed medical care in the past year, often to prioritise work or avoid burdening family. The report, Patient Voices Singapore: Towards More Informed and Seamless Care, identifies cost concerns and uncertainty about where to seek help as key barriers. Experts say greater transparency, guidance, and education on healthcare costs are crucial to help Singaporeans make confident, timely health decisions.

Volvo extends complimentary data for owners of Google Built-In Models

Volvo Car Malaysia has announced an industry-first move in the premium car segment, extending its complimentary Volvo Car Connect Plus data service by another year for eligible owners whose current subscriptions are nearing expiry. Previously known as Digital Services, the Volvo Car Connect Plus package is included with the brand’s latest models equipped with Google built-in. It allows seamless access to a suite of connected features without relying on a tethered smartphone — including media streaming, real-time Google Maps navigation, Google Assistant voice commands, and over-the-air system updates.
spot_img

Popular Categories