the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN kaji semula perundangan e-dagang pastikan kebajikan terjamin

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji semula perundangan e-dagang sedia ada serta akan mencadangkan mekanisme kawal selia bersesuaian bagi memastikan kebajikan pemain industri dan pengguna terjamin.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata kajian berkenaan membabitkan Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Beliau berkata KPDN akan bekerjasama dengan penyedia platfom e-dagang, pemain industri, persatuan pengguna dan pakar dalam memperkemaskan lagi akta tersebut.

“Setakat ini, undang-undang untuk mengawal selia barangan di platform e-dagang memang tiada, malah tiada undang-undang yang melarang atau memaksa dan menuntut penjual di platform tersebut memastikan barangan yang mereka tawarkan itu wujud.

“Selain itu, penyedia perkhidmatan juga tidak boleh mengambil tindakan kepada penjual jika apa-apa masalah berlaku,“ katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Today’s Malaysian E-Commerce and Consumer Protection Regulatory Framework: The Way Forward di sini hari ini.

Fuziah berkata seiring dengan perkembangan sektor e-dagang, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi pengguna kini.

Menurutnya ini termasuk adalah barangan yang dibeli dalam talian tidak sampai atau tidak memenuhi kehendak pelanggan, standard keselamatan produk tidak mengikut piawaian ditetapkan, serta dark pattern iaitu teknik tidak beretika dilakukan peniaga dalam talian untuk mempengaruhi dan mengelirukan pengguna.

“KPDN menerima peningkatan bilangan aduan khususnya melibatkan transaksi dalam talian. Hingga 31 Ogos lepas, sejumlah 10,377 aduan atau 35 peratus daripada jumlah keseluruhan aduan merupakan kes aduan transaksi dalam talian,” katanya.

Beliau berkata aduan tertinggi yang diterima adalah daripada platform e-dagang Shopee, diikuti Facebook dan Instagram.

Selain itu, Fuziah turut memaklumkan pihaknya turut menerima aduan mengenai penjual dalam talian yang menawarkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak paket melebihi harga kawalan dan telah dimaklumkan kepada penguat kuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan.

Terdahulu, seminar berkenaan diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kedudukan semasa sektor e-dagang di Malaysia dan trend di peringkat antarabangsa, serta mengkaji kaedah dan amalan terbaik pengawal seliaan industri e-dagang di negara lain untuk diadaptasi di negara ini.

Seminar yang berlangsung hingga esok itu dihadiri wakil kementerian dan agensi kerajaan, pemain industri serta pihak berkepentingan yang berkaitan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings