the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN sedia bawa rayuan trak tunda – Fuziah

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) bersedia untuk membawa rayuan pengusaha trak oenunda kenderaan supaya diberi pertimbangan mendapat subsidi diesel bagi mengurangkan beban kos operasi mereka.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata rayuan itu akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

“Sudah tentu tumpuan kementerian adalah terhadap barang perlu dan sedia berbincang dengan mana-mana pihak,“ katanya ketika ditemui selepas menerima memorandum daripada Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) yang mewakili pengusaha trak penunda kenderaan di seluruh negara.

Terdahulu pengasas PKIPN Joseph Prakash menerusi memorandum berkenaan menuntut kerajaan memberi pertimbangan agar diberi subsidi diesel susulan penyasaran subsidi bahan bakar itu.

Katanya, pengusaha trak penunda kenderaan sering kali merentasi jarak yang jauh di seluruh semenanjung Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan penting.

“Harga diesel semasa telah menjadikan semakin sukar bagi mereka untuk mengekalkan operasi mereka.

“Situasi ini diburukkan lagi oleh kesukaran ekonomi yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia, yang menghadkan kemampuan mereka untuk menanggung kos perkhidmatan tunda yang meningkat,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan lebih 1,000 pengusaha trak penunda kenderaan menggesa kerajaan mempertimbangkan perkhidmatan berkenaan dimasukkan dalam senarai 23 kategori kenderaan layak menerima bantuan diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Persatuan Trak Tunda dan Pengangkutan Kereta 1 Malaysia (1MTTCC) mendakwa sejak penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun lalu, kos operasi mereka naik sekali ganda susulan peningkatan harga diesel kepada RM3.35 seliter daripada RM2.15.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings