the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPKM terajui pelaburan berbalik jamin bekalan makanan kritikal negara

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terajui pendekatan pelaburan berbalik bagi melindungi bekalan komoditi makanan kritikal negara.

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menerajui pendekatan pelaburan berbalik mulai tahun ini sebagai langkah strategik menjamin bekalan makanan kritikal.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kerajaan perlu melaksanakan langkah mitigasi strategik bagi memastikan kestabilan rantaian bekalan makanan negara.

“Pendekatan ini akan memberi tumpuan kepada industri utama, iaitu ruminan (lembu), beras, susu serta benih dan baka,” katanya dalam amanat Tahun Baharu 2026 KPKM.

Beliau menegaskan komoditi tersebut merupakan komponen penting yang tidak boleh terdedah kepada gangguan bekalan global.

Pendekatan pelaburan berbalik merujuk kepada pelaburan langsung pada peringkat pengeluaran makanan bagi mengurangkan kebergantungan import.

Ia bertujuan memastikan bekalan makanan negara lebih stabil, terjamin dan mampan walaupun berlaku gangguan pasaran atau perubahan iklim.

KPKM mengalu-alukan pembabitan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan sebagai rakan strategik.

“Pembabitan sektor ini amat penting bagi membina pegangan nasional dalam rantaian bekalan kritikal,” kata Mohamad.

Beliau menambah ia juga bagi memperkukuh kedaulatan makanan negara dan daya tahan sistem makanan Malaysia dalam jangka panjang.

Pelaksanaan pelaburan berbalik bukan bertujuan menggantikan peranan petani tempatan.

Ia bertindak sebagai penampan strategik bagi memastikan kestabilan rantaian bekalan apabila berlaku situasi luar jangka seperti bencana alam.

“Pelaburan berbalik ini berfungsi sebagai ‘strategic buffer’ bagi memastikan kestabilan rantaian bekalan ketika berlakunya kejutan luar jangka,” jelasnya.

Setiap pelaburan akan dilaksanakan secara berfasa, berhemah dan berpaksikan kepentingan nasional.

KPKM turut memberi penekanan kepada pemerkasaan pelaburan domestik sebagai pelengkap utama.

Lima fokus strategik dikenal pasti iaitu pembangunan industri akuakultur dan pemanfaatan Sistem Maklumat Geografi.

Fokus lain ialah pengeluaran jagung bijian, peningkatan tanaman nanas serta pembangunan pengeluaran benih dan baka dalam negara.

“Pelaburan domestik dalam lima bidang keutamaan ini amat penting bagi memperkukuh keupayaan pengeluaran tempatan,” kata Mohamad.

Ia juga bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar dan membina sektor agromakanan yang lebih berdaya tahan.

Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak berkata pelaburan berbalik berperanan sebagai langkah persediaan negara.

“Persediaan kalau berlaku apa-apa malapetaka, kita ada buat (pelaburan berbalik) contohnya penanaman padi di luar negara,” katanya pada sidang media.

Beliau menjelaskan negara akan ada bekalan dan boleh mengimport melalui syarikat Malaysia yang membuat penanaman di luar negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

World champion tower runner leads Merdeka 118 spire climb for “National Take the Stairs Day”

In conjunction with National Take the Stairs Day on 14th January 2026, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV) marked the occasion by welcoming World Champion Tower Runner, Soh Wai Ching, to lead a climb up the Menara Merdeka 118 spire.Menara Merdeka 118 rises to 678.9 meters in height, with the spire itself measuring 160 meters. The climb brought together 20 participants, including PNBMV Chief Executive Officer, Dato’ Ir. Ts. Izwan Ibrahim, heads of department and other key stakeholders within the Merdeka 118 precinct. Dato’ Izwan Ibrahim said, “At Merdeka 118, we are reminded that progress is built step by step. Today’s climb with Malaysia’s world champion, Soh Wai Ching, reflects the mindset we bring to everything we do.
spot_img

Popular Categories