the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Selangor dedahkan perkembangan positif siasatan kes tembak

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Ketua Polis Selangor kata siasatan kes tembak di negeri itu menunjukkan perkembangan positif, termasuk kemungkinan penglibatan gengsterisme.

SEPANG: Siasatan terhadap semua kes tembak yang berlaku di Selangor menunjukkan perkembangan positif, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar.

Perincian siasatan turut meliputi kemungkinan penglibatan elemen gengsterisme.

Beliau berkata hasil siasatan setakat ini memberikan gambaran positif, namun butiran lanjut tidak dapat didedahkan kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan.

Shazeli meminta orang ramai memberikan keyakinan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan semua kes tembak di negeri ini.

BACA: 10 lelaki ditangkap, 2 lagi dikejar kes tembak di Kuala Selangor

“Insya-Allah, sekiranya siasatan berjaya diselesaikan, kami akan berkongsi maklumat dengan masyarakat,” katanya.

Beliau menambah, “Berilah keyakinan kepada PDRM Selangor, kami akan memberikan yang terbaik.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah KLIA di sini hari ini.

Pada 5 Januari lepas, seorang lelaki maut dalam kejadian tembak berhampiran sebuah restoran makanan segera di Banting.

Mengulas tentang kebakaran kilang di Banting pada Rabu, Shazeli berkata polis masih menunggu laporan forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Jangan terburu-buru. Kita tunggu hasil siasatan daripada JBPM,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan tiga lelaki maut dalam kebakaran melibatkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Olak Lempit, Banting.

Pada majlis itu, ACP M. Ravi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu.

Beliau menggantikan SAC Azman Shari’at yang kini memegang jawatan di Bukit Aman. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings