the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM cadang tambah 400 kelas hibrid tingkat pendidikan digital tahun depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluas projek rintis kelas hibrid kepada 400 kelas lagi di sekolah terpilih di bandar dan luar bandar pada tahun depan, kata Timbalan Menteri berkenaan Wong Kah Woh.

Beliau berkata projek rintis sebagai usaha KPM membangunkan kemahiran digital dalam ekosistem pembelajaran itu telah dilaksanakan di 110 institusi pendidikan terpilih, termasuk sekolah luar bandar selaras dengan Teras 4: Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur di Bawah Dasar Pendidikan Negara (DPN).

“Ia melibatkan 550 kelas bermula pada 2021 dan kelas pintar ini dilengkapi dengan kemudahan peralatan digital smartboard, televisyen pintar, set kamera dan perakam suara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai perkembangan usaha membangunkan kemahiran digital pelajar, selain kaedah diguna pakai dalam menyelesaikan isu kekangan peralatan di sekolah luar bandar bagi mengadaptasi teknologi dan digital.

Wong berkata KPM mengukur kemahiran digital murid melalui Laporan Skor Kompetensi Digital (DCS) dengan purata skor murid sekolah luar bandar ialah 3.24/5.00, berbanding purata skor kebangsaan 3.31, pada tahun lepas.

“Manakala purata skor bagi murid sekolah bandar menunjukkan skor yang lebih tinggi iaitu 3.34/5.00,” katanya.

Berkenaan akses Internet, Wong berkata KPM melaksanakan perolehan baharu perkhidmatan Internet bagi tempoh Julai 2024 hingga Jun 2025, termasuk sekolah di luar bandar dengan memperkasakan 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan 16 Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara termasuk di luar bandar.

Menyentuh tahap kompetensi digital dalam kalangan guru, beliau berkata setakat 30 Sept, 6,338 daripada 364,579 guru yang disaring berada di tahap lanjutan, tahap asas (86,062) manakala tahap pertengahan (272,179).

“KPM juga iktiraf sebahagian daripada guru yang berada pada tahap lanjutan sebagai guru jauhari digital iaitu setakat 30 Sept lepas, seramai 810 guru diiktiraf sebagai guru jauhari digital yang mahir dan berkepakaran mengenai pengintegrasian teknologi pendidikan digital serta memberi khihdmat bantu dan bimbingan kepada guru setempat,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings