the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM tumpu pembangunan dasar pastikan khidmat berkualiti untuk semua: Nancy

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi tumpuan kepada pembangunan dasar dan program bagi menangani pelbagai keperluan penduduk daripada penjagaan kanak-kanak hingga warga emas, memastikan akses dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk semua pada masa hadapan.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata KPWKM juga akan memberi tumpuan kepada inisiatif menyediakan penjagaan, mewujudkan peluang pekerjaan yang mampan, memupuk budaya empati dan menyokong serta membina masyarakat berdaya tahan dan prihatin yang boleh berkembang maju dalam menghadapi cabaran masa depan.

“Melihat ke hadapan, kami komited untuk meningkatkan ekonomi penjagaan, penting untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial negara kita.

“Matlamat dengan harapan tinggi ini memerlukan usaha dan kerjasama kolektif, bukan sahaja dalam kalangan agensi kerajaan tetapi juga daripada (pertubuhan bukan kerajaan) NGO, persatuan komuniti, entiti sektor swasta dan pembabitan aktif masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nancy berkata tahun ini menandakan pencapaian penting KPWKM selepas berjaya mengadakan 13 siri jerayawara seluruh negeri untuk mempromosikan Akta Antigangguan Seksual.

Selain itu, program Wanita Bangkit@KPWKM oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) memberi impak positif kepada 9,430 wanita termasuk usahawan kecil dan mereka yang terjejas teruk akibat pandemik.

“Golongan wanita ini mendapat bimbingan dan sokongan daripada mentor berpengalaman dengan kerjasama YKN,” katanya.

Untuk menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak, Nancy berkata KPWKM menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, beroperasi sejak 1 Sept 2023 dan berharap jabatan itu akan menjadi agensi bebas pada masa depan.

Selain itu, Nancy berkata kementeriannya akan membangunkan modul kursus yang komprehensif untuk penjagaan dan sokongan orang kurang upaya (OKU) bertujuan memupuk pembangunan potensi holistik mereka.

Sehubungan itu, kerajaan telah meningkatkan elaun pelatih OKU dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) daripada RM150 kepada RM300 sebulan sekali gus mengesahkan komitmen terhadap pemerkasaan dan kebajikan mereka.

Berhubung musim hujan yang kini melanda negara, beliau menggesa rakyat Malaysia untuk terus berwaspada terhadap kemungkinan banjir.

“Mendapat pemakluman dan sentiasa bersedia adalah penting untuk keselamatan kita. Tahu mengenai lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat dan dapatkan perkembangan terkini tentang ramalan cuaca.

“Saya juga menggesa anda semua untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama golongan warga emas dan anggota masyarakat yang memerlukan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings