the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laporan akhir siasatan kemalangan maut bas UPSI didedah 3 petang ini

MOT dedah laporan akhir siasatan kemalangan maut bas UPSI pada 9 Jun lepas di laman web rasmi mulai 3 petang ini

KUALA LUMPUR: Laporan akhir siasatan kemalangan maut melibatkan bas persiaran membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (Jeli–Gerik) pada 9 Jun tahun lepas akan didedahkan kepada umum bermula 3 petang ini. 

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan itu telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan mendapat kelulusan untuk didedahkan secara umum menerusi muat naik di laman sesawang rasmi kementerian.

“Pendedahan laporan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban awam serta usaha berterusan untuk memperkukuh tahap keselamatan pengangkutan jalan di negara ini,” menurut kenyataan itu.

Kemalangan pada awal pagi 9 Jun 2025 melibatkan bas dinaiki penuntut universiti berkenaan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak dengan sebuah kenderaan berlaku di Jalan Raya Timur-Barat Banun, Gerik, Perak dan menyebabkan 15 penuntut maut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings