the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 21,000 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan: KPN

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21,200 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan ke atas 135,193 kenderaan berat menerusi Op Perdagangan yang dilaksanakan di seluruh negara dari 20 Sept hingga 14 Nov lepas.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain berkata sebanyak 109 individu turut ditahan sepanjang tempoh operasi berkenaan.

“Antara kesalahan yang direkodkan membawa muatan berlebihan dan fizikal kenderaan tidak memuaskan yang berisiko menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya,” katanya pada Perhimpunan Bulanan KPN bagi November 2023 anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Bukit Aman, di sini hari ini.

Razarudin berkata polis memandang serius kes kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori dan bas hingga mengorbankan nyawa orang ramai.

Menurutnya langkah proaktif juga telah diambil termasuk melaksanakan Op Perdagangan secara berterusan ke atas kenderaan berat bagi memastikan pemandu dan pengusaha syarikat pengangkutan mematuhi peraturan serta undang-undang keselamatan jalan raya.

“Dari Januari hingga Oktober lepas, polis telah melaksanakan 1,078 Op Perdagangan berbanding 797 operasi dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Selain itu, polis juga telah meningkatkan penguatkuasaan dan pemeriksaan bermula 20 Sept hingga 14 Nov lepas,” katanya.

Razarudin turut meletakkan harapan tinggi ke atas warga JSPT agar terus konsisten dan kekal komited melaksanakan penguatkuasaan selari dengan pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022/2023.

Beliau berkata menerusi pelan yang dibangunkan itu, kementerian dan agensi yang berkepentingan termasuk polis akan terus bekerjasama merencana perancangan strategik dan langkah intervensi sekali gus mencapai hasrat ke arah mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings