the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 3,000 kes jenayah seksual bawah 18 tahun direkod sejak 2023

3,093 kes jenayah seksual bawah umur direkod sejak 2023, dengan 608 kes di sekolah. Jawatankuasa khas ditubuh untuk perkukuh keselamatan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3,093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun yang berlaku dalam tempoh 2023 hingga Oktober tahun ini, direkodkan berlaku di kawasan sekolah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran berkata daripada jumlah keseluruhan itu 1,760 kes dicatat berlaku pada 2023 manakala pada 2024 sebanyak 1,041 kes dan 892 kes lagi dari Januari hingga Oktober tahun ini.

“Jumlah tangkapan kes bagi tempoh sama sebanyak 3,601, membabitkan 1,194 tangkapan pada 2023 dan 1,348 pada 2024 serta 1,059  bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini. 

Bagi menangani isu itu, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan, yang berperanan meneliti dan memperkukuh langkah keselamatan di sekolah.

Jawatankuasa itu menggabungkan pelbagai kepakaran termasuk akademik, agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). 

“Antara penambahbaikan yang dilaksanakan jawatankuasa itu terhadap program Sekolah Selamat, termasuk menjalankan audit keselamatan di sekolah terlibat,” katanya. 

Mengulas mengenai inisiatif untuk mewujudkan pangkalan data kebangsaan bagi pesalah seksual bawah umur, Kulasegaran berkata Kementerian Dalam Negeri bersedia untuk menyokong pelaksanaan Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC) melalui perkongsian data pelbagai kementerian.

Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaannya tertakluk di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu PDRM tidak dibenarkan mendedahkan sebarang butiran pengenalan, termasuk gambar atau maklumat kanak-kanak di mana-mana platform media sosial atau medium awam.

“Penggabungan data mengenai kesejahteraan, kesihatan dan pendidikan kanak-kanak  ini memerlukan penyelarasan tambahan antara pelbagai agensi dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang serta tatacara keselamatan maklumat,” katanya.

Terdahulu, pada sesi itu Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) membangkitkan mengenai usaha kerajaan dalam menangani krisis jenayah seksual remaja di negara ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings