the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun

MELAKA: Lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun dengan purata satu nyawa terkorban akibat nahas berkenaan bagi setiap 80 minit, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Hasbi berkata kemalangan paling kerap berlaku dan membimbangkan adalah melibatkan pengguna motosikal dengan hampir 70 peratus daripada jumlah berkenaan.

Beliau berkata jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan di negara ini pada tahun lepas juga mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 799,000 kenderaan.

“Untuk mencapai matlamat pengurangan 50 peratus jumlah kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2030, aliran transformasi melalui pemanduan merupakan strategi utama bagi mencegah kemalangan iaitu dengan cara menjadikan kecekapan pemandu atau pengguna mematuhi peraturan keselamatan jalan raya pada tahap optimum.

“Justeru, pelbagai inisiatif yang mampu mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian secara signifikan dalam masa singkat dilaksanakan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Institut Memandu (IM) di negara ini,“ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Tadbir Urus Institut Memandu Malaysia 2024 bertemakan ‘Integriti Latihan Pemanduan Pemacu Keselamatan Jalan Raya’ yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

Hasbi berkata antara inisiatif atau dasar baharu yang telah dilaksanakan ialah mendigitalkan industri IM menerusi inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik atau e-Testing bagi membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan.

Melalui sistem ini, beliau berkata prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses pengujian pemandu.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga membenarkan IM yang memenuhi kelayakan untuk menyediakan fasiliti Pusat Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu atau Ujian Undang-Undang Berkomputer bagi memberi perkhidmatan setempat yang lebih baik dan lancar kepada orang awam.

“Berdasarkan statistik rasmi JPJ, hingga kini terdapat lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) terkumpul yang aktif di seluruh negara dan daripada jumlah itu 309,284 LMM Kelas B2 dan 335,827 LMM Kelas D telah dikeluarkan kepada pemohon pada tahun lepas.

“Ini bermakna terdapat lebih 600,000 calon diberikan latihan oleh 245 IM setiap tahun menjadikan industri IM rakan kongsi strategik dan rapat kepada JPJ serta kerajaan dalam membangunkan inisiatif baharu untuk meningkatkan keselamatan serta kesedaran pemanduan di jalan raya,“ katanya.

Sementara itu, Hasbi berkata seminar dua hari bermula hari ini tersebut menghimpunkan wakil daripada 245 IM di seluruh negara dan merupakan antara usaha MOT menerusi JPJ meningkatkan tahap integriti, profesionalisme dan keupayaan institut berkenaan dalam melaksanakan tatakelola ke arah menjamin kelestarian keselamatan jalan raya.

“Kali terakhir kita laksanakan seminar seumpama ini pada 2016 dan ia dilakukan bertujuan menjadikan IM sebagai pusat latihan pemanduan lebih berkualiti dalam melahirkan pemandu yang selamat dan cekap,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings