the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan

KUALA LUMPUR: Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memperoleh jumlah perjawatan guru baharu itu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan mereka akan melapor diri tahun depan.

“KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah perjawatan guru ditambah mengikut keperluan sekolah berikutan masalah kekurangan guru dikenal pasti sebagai antara punca pertambahan beban tugas kepada guru sedia ada.

“Kekurangan guru paling signifikan adalah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk Teknologi (RBT). KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah guru ditambah dari semasa ke semasa,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) sama ada masalah kekurangan guru termasuk ramai guru bersara awal menyebabkan beban tugas bertambah kepada guru yang sedang dalam perkhidmatan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai kebajikan dan kemudahan infrastruktur bagi guru di kawasan pedalaman susulan kes guru besar di sebuah sekolah di Sabah terpaksa tinggal di stor sekolah, Hui Ying berkata KPM sedang mengambil tindakan susulan bagi isu itu.

“Tindakan susulan sedang dibuat untuk kenal pasti punca berlaku insiden itu (guru tinggal dalam stor sekolah) dan kita akan urusan setiap isu itu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, pada sesi sama Hui Ying berkata KPM turut mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang memutuskan bahawa penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan difailkan empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings