the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki didakwa tetak siak dengan parang di surau Taiping

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di mahkamah selepas didakwa menetak seorang warga emas dengan parang di sebuah surau di Kamunting.

TAIPING: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang warga emas di sebuah surau dengan parang.

Kamarulzaman Kamarudin, 56, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Normuda Mod Noor, 68, dengan menggunakan sebilah parang.

Kejadian berlaku di Surau Nurul Hidayah, Jalan Bukit Jana, Kampung Bukit Jana, Kamunting pada 2.30 petang, 10 Dis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Syarat tambahan termasuk tertuduh dilarang mendekati mangsa dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000.

Beliau menyatakan tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan RM50 sehari, mempunyai tiga anak dan beberapa kali menerima rawatan psikiatri.

Hakim Noor Sakinah Haroon Arashid menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dimohon.

Mahkamah menetapkan 29 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Polis sebelum ini menahan tertuduh selepas disyaki menetak mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tangan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img