the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki didenda RM50,000 kerana lombong emas secara haram

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

RAUB: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang lelaki RM50,000 selepas mengaku bersalah melombong emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Kechau dalam daerah Lipis, dekat sini, Mac lepas.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya juga memerintahkan Liew Lok Shong, 59, yang beralamat di Selangor, menjalani hukuman penjara 12 bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Ahmad Faizadh turut mengarahkan sebuah jengkaut dan enjin air yang disita Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada hari kejadian dilucut hak kepada kerajaan negeri.

Liew didakwa melakukan perlombongan tanpa lesen atau pajakan yang sah di hutan tersebut pada 12.40 tengah malam, 10 Mac lepas, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh terbongkar selepas Bahagian Penguatkuasaan UPNP menemukan sebuah jengkaut dan enjin air ditinggalkan dalam keadaan masih beroperasi, selepas individu di situ menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Liew kemudiannya menuntut dan mengaku sebagai pemilik jengkaut tersebut.

Pemeriksaan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mendapati tiada kelulusan dikeluarkan bagi aktiviti perlombongan di kawasan itu manakala ujian sampel jenis mineral di tempat itu oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesahkan ia mengandungi emas.

Pada prosiding itu, Liew yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan atas alasan dia kini bekerja sendiri dengan pendapatan bulanan RM3,500, selain telah insaf.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa UPNP Taqiuddin Azizan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan sama.

“Kes perlombongan haram menyebabkan berlaku ketirisan hasil yang tinggi kepada kerajaan negeri dan lebih teruk lagi ia mengganggu kelestarian alam sekitar,“ katanya.

Pendakwaan turut dikendalikan Pegawai Pendakwa UPNP Muhamad Najmi Zaki. – bERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

NGO lauds initiative to recognise Rohingya refugees

It called on the government to publicly clarify the criteria for refugee recognition and work eligibility, the duration and conditions of the temporary stay document, sectors in which refugees may work, application timelines, appeal mechanisms and pathways for those who are not recognised or approved for employment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings