the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki dipenjara lima tahun, satu sebatan kerana miliki kerambit

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.

KOTA BHARU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.

Hakim Nik Habri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nazrulhisam Mohd Nordin, 44.

Tertuduh didapati memiliki sebilah kerambit berhulu coklat berukuran 12 sentimeter di tepi Jalan Kampung Telong, Bachok, pada 5.20 petang 29 Dis tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syafiqah Mohamad memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mohd Nazrulhisam yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Beliau memohon pertimbangan kerana perlu menjaga tiga anak yang masih bersekolah dan masih tinggal bersama ibu bapa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Water resources and MyCC among key Dewan Rakyat agenda

Long-term plans to enhance water resource capacity, empowerment of MyCC, and age verification for social media accounts are among matters scheduled for discussion today

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings