the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki ditahan sebar gambar lucah bekas teman wanita 17 tahun di WhatsApp

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mengedar gambar lucah milik bekas teman wanitanya berusia 17 tahun melalui aplikasi WhatsApp pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada pukul 9.35 malam di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada pihak pengurusan sebuah kolej swasta.

“Pada 8.26 malam Khamis lepas, satu laporan polis telah dibuat oleh kakitangan kolej berkenaan berhubung pengedaran gambar lucah dan mengaibkan,” katanya.

Gambar tersebut dipercayai milik bekas pelajar wanita kolej itu yang disebarkan dalam kumpulan WhatsApp pelajar kolej berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan bekas teman lelaki mangsa yang juga seorang penganggur.”

Polis juga merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan kes tersebut.

Naazron berkata suspek direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Mereka juga boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Aidah Yem di talian 010-217 6278 bagi membantu siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings