the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut dalam kebakaran unit kondominium tingkat 26

Seorang lelaki ditemukan melecur seluruh badan di balkoni unit kondominium tingkat 26 selepas kebakaran yang sukar dipadamkan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah unit kediaman di tingkat 26 sebuah kondominium di Segambut malam tadi.

Mangsa ditemukan dalam keadaan melecur seluruh badan di bahagian balkoni kondominium itu oleh pasukan penyelamat.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.46 malam.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Menjalara, Sentul dan Taman Tun Dr Ismail digerakkan ke lokasi.

READ MORE: https://thesun.my/berita/tempatan/unit-kondominium-di-mont-kiara-terbakar-seorang-mangsa-terlibat/

Operasi pemadaman dan penyelamatan menghadapi kesukaran ekoran sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan dua pam angkut serta pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terlibat.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.03 pagi.

Kebakaran itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,500 kaki persegi.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories