the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut ditembak di stesen minyak Klang

Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun maut ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi, Klang. Polis siasat kes bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga tempatan maut dalam kejadian tembakan di sebuah stesen minyak di kawasan Bukit Tinggi, Klang malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian kira-kira jam 11 malam itu melibatkan suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan kereta mangsa.

Mangsa berusia 34 tahun terkena tembakan di bahagian hadapan badannya.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan kejadian tembak di sebuah stesen minyak dalam kawasan Klang Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: 10 lelaki ditangkap, 2 lagi dikejar kes tembak di Kuala Selangor

Shazeli memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Aminuddin Mahadi.

Beliau memberikan nombor talian 013-2104006 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di 03-33762222.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki cedera dipercayai akibat ditembak sedang diusung petugas kesihatan untuk rawatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories