Saturday, November 1, 2025
31.4 C
Malaysia
spot_img

Lelaki maut ditetak hingga kepala terpisah di Jerlun

Bernama

Seorang lelaki maut ditetak hingga kepala terpisah di Jerlun, dipercayai dilakukan adik ipar berusia 38 tahun menggunakan parang.

JERLUN: Seorang lelaki maut dipercayai ditetak hingga menyebabkan kepalanya terpisah daripada badan akibat terputus pada bahagian leher dalam kejadian di Kampung Pida 3 dekat sini.

Mangsa berusia 45 tahun maut ditempat kejadian dipercayai ditetak oleh adik iparnya sendiri yang berusia 38 tahun lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 7.05 malam.

Beliau menyatakan polis telah menahan suspek di rumahnya dan merampas sebilah parang berukuran 30 sentimeter apabila tiba di tempat kejadian.

BACA: Lelaki maut ditetak sepupu di Tumpat disiasat bawah Seksyen 302

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian ditemukan satu mayat dalam keadaan terlentang di dalam kawasan sawah padi,” katanya ketika ditemui pemberita.

Suspek yang masih memegang parang tersebut cuba menyerang polis tetapi akhirnya menyerah diri selepas dipujuk selama 15 minit.

Mohd Radzi berkata selain putus lehernya mangsa yang juga seorang petani turut mengalami kesan kecederaan tetakkan pada bahagian lain badan.

Jarak rumah suspek dengan tempat kejadian kira-kira 30 meter sementara rumah mangsa terletak di belakang rumah suspek.

Kedua-dua mangsa dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Proton e.MAS 5 officially launched

Proton has officially introduced the e.MAS 5, marking a significant step in the national carmaker’s transition into electric mobility. The compact EV is closely related to the Geely Xingyuan but carries distinct Proton cues — including the signature tiger emblem on the nose, Proton lettering across the tailgate, and e.MAS 5 badging that identifies it as Malaysia’s own version of the city-focused electric hatchback.

Most Viewed

Popular Categories

spot_imgspot_img