the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

China sokong pembentukan kod tatakelakuan Laut China Selatan – Khaled Nordin

China ulangi sokongan kepada pembentukan Kod Tatakelakuan Laut China Selatan bagi jamin kestabilan dan keamanan serantau, kata Menteri Pertahanan.

KUALA LUMPUR: China mengulangi sokongan padunya terhadap usaha mewujudkan Kod Tatakelakuan (CoC) Laut China Selatan, sekali gus menzahirkan komitmennya untuk memastikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran bersama yang berkekalan di rantau ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pendirian itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Negara China Laksamana Dong Jun, semasa majlis makan tengah hari tidak rasmi antara ASEAN dan China, yang diadakan di luar sesi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus, di sini.

“Laksamana Dong menyatakan dengan jelas bahawa China menyokong pembentukan CoC bagi Laut China Selatan, dan kita amat mengalu-alukan perkara itu. Seperti yang anda sedia maklum, Kementerian Luar kini mengetuai usaha untuk memastikan kod tersebut dapat direalisasikan,” katanya pada sidang media harian ADMM di sini, hari Jumaat (Oktober 31).

BACA: Malaysia tegaskan interaksi bukan persetujuan tindakan provokatif di Laut China Selatan

Mohamed Khaled berkata CoC yang dicadangkan bagi Laut China Selatan, dilihat sebagai rangka kerja yang mengikat dari segi undang-undang, bertujuan untuk memelihara keamanan serantau, mengurus pertindihan tuntutan wilayah, serta mengelakkan potensi konflik antara negara yang menuntut, termasuk Filipina.

Beliau berkata ASEAN dan China sama-sama menegaskan komitmen untuk memperkukuh perkongsian ASEAN-China, dengan menekankan bahawa kerjasama berterusan amat penting bagi mengekalkan rantau Asia Tenggara yang selamat, stabil dan makmur untuk semua negara anggotanya.

Beliau menambah bahawa ASEAN melihat China bukan sahaja sebagai rakan utama, tetapi juga sebagai pemangkin penting kepada kemakmuran global, yang bertanggungjawab dalam memupuk keamanan, keselamatan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

“Dalam dialog kami, saya menegaskan bahawa usaha China mencapai kemakmuran harus seiring dengan keamanan dan kestabilan.

Sebagai sebuah kuasa besar, adalah menjadi tanggungjawab China untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan mengelak sebarang tindakan yang boleh mencetuskan konflik,” katanya.

Mohamed Khaled berkata ASEAN berharap China akan terus memainkan peranan yang konstruktif dan bertanggungjawab dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau, di samping menghormati kedaulatan negara jiran dan memperkukuh kerjasama antara negara-negara serantau.

Perbincangan tidak rasmi itu merupakan sebahagian daripada siri dialog yang diadakan bersempena ADMM ke-19 dan ADMM-Plus ke-12, yang dijadual berlangsung sehingga 2 Nov.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata Malaysia terus memantau kehadiran kapal asing di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.

“Memang sentiasa ada kapal berada di ZEE. Kami menguruskan keadaan itu sama ada melalui nota diplomatik atau cara tersendiri. Setakat ini, kami dapat menanganinya dengan berkesan, jadi tidak perlu terlalu bimbang.

“Dari segi pertahanan, kita sedang membangunkan perjanjian latihan dua hala dan perolehan peralatan. Kehadiran kapal China tidak menjejaskan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings