the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak, ditemukan lemas

KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Singapura yang hilang selepas hanyut dipukul ombak di Pantai The Westin Desaru Coast, di sini semalam, ditemukan lemas awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata mayat mangsa yang berusia 49 tahun itu ditemukan oleh orang awam di pesisir pantai pada 5.30 pagi.

“Mangsa yang berseluar pendek warna hitam ditemukan orang awam lebih kurang lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang. Isterinya turut mengesahkan mayat suaminya itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Semalam, Masri dilaporkan berkata mangsa bersama anak lelakinya yang berusia 16 tahun dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum dihanyutkan dalam kejadian kira-kira 12.33 tengah hari.

Bagaimanapun remaja terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Masri berkata lokasi kejadian itu sebelum ini telah pun dikibarkan bendera merah sebagai amaran kepada pengunjung supaya tidak melakukan aktiviti di pantai berikutan faktor cuaca. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings