the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima keluarga hilang tempat tinggal akibat ombak besar

DUNGUN: Lima keluarga di Kampung Cacar Lama, Paka, di sini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka roboh susulan ombak besar dan angin kencang, petang semalam.

Seorang mangsa Mohd Zufairie Zuhari, 35, berkata ketika kejadian, dia dan isteri, Nora Atika Mohd Mazari, 30, sedang mengemas untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) setelah diarahkan pihak berkuasa.

Mohd Zufairie berkata bagaimanapun, mereka secara tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman dan gegaran kuat dari dalam rumah menyebabkan anak-anaknya yang masing-masing berusia tujuh dan 10 tahun menangis ketakutan.

“Saya terus mengarahkan isteri mengambil anak-anak dan segera keluar. Sejurus itu, kami lihat separuh bahagian rumah runtuh di depan mata,“ katanya ketika ditemui di PPS Balai Raya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bandar Paka, di sini hari ini.

Mohd Zufairie yang bekerja sebagai nelayan berkata walaupun kehilangan tempat tinggal, beliau tetap bersyukur kerana keluarganya sempat menyelamatkan diri.

“Sudahlah tidak dapat turun ke laut, rumah yang menjadi tempat tinggal kami empat beranak pula musnah teruk. Tak tahulah ke mana arah tuju kami selepas ini, mungkin terpaksa menumpang sementara di rumah saudara-mara,“ katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa Zakaria Zainal (gambar), 45, berkata dia kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya runtuh sekelip mata dibadai ombak besar.

“Saya sedang bersiap untuk berpindah ketika itu, namun nasib saya baik kerana sempat keluar. Jika tidak, entah apalah nasib saya.

“Memang tahun ini ombak sangat besar, berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini,“ katanya yang berharap kerajaan negeri dapat menghulurkan bantuan segera kepada penduduk terjejas memandangkan kesemua mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai nelayan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings