Thursday, November 13, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Semantan Estate untuk tanah Enklaf Duta

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Semantan Estate rayu hak milik tanah 263 ekar di Enklaf Duta, kekalkan keputusan kerajaan menang kes

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Semantan Estate (1952) Sdn Bhd untuk mendapat kebenaran merayu berhubung hak milik tanah di Enklaf Duta.

Keputusan ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada kerajaan bahawa Pendaftar Tanah Persekutuan tidak perlu mendaftarkan tanah seluas 263.272 ekar atas nama syarikat tersebut.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kebenaran merayu tanpa kos.

Panel diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hanipah Farikullah dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Mahkamah memutuskan syarikat gagal memenuhi prasyarat di bawah Seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Hakim Hasnah menetapkan 17 Nov untuk pengurusan kes bagi pentaksiran pampasan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Roslan Mat Nor.

Pada 24 Jun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Semantan Estate tidak berhak terhadap hak milik tanah tersebut.

Namun syarikat layak mendapat pampasan sewajarnya berdasarkan nilai tanah pada 1956 ketika diambil alih kerajaan.

Tanah yang dipertikaikan terletak di kawasan utama Jalan Duta dikenali sebagai Enklaf Duta.

Kawasan itu menempatkan bangunan kerajaan termasuk Stadium Hoki Nasional dan Institut Integriti Malaysia.

Juga terdapat Arkib Negara, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories