the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak, kata PM Anwar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PM Anwar tekankan semangat kebersamaan ASEAN semasa kepengerusian Malaysia 2025, sambut kemasukan Timor-Leste sebagai ahli baharu

KUALA LUMPUR: Malaysia memikul amanah Kepengerusian ASEAN 2025 pada ketika dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan, namun rantau ini memilih untuk kekal berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Anwar, selaku Pengerusi ASEAN 2025 berkata Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Ke-47 menjadi ruang penting untuk menyatukan pandangan serta merapatkan jurang antara negara anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran serantau dan global.

“Tahun ini turut mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai keluarga baharu ASEAN,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian menerusi hantaran di Facebook malam ini, yang turut disertakan dengan video memaparkan detik-detik bersejarah negara sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”. 

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh sahabat ASEAN serta pimpinan dunia yang hadir dengan kebijaksanaan dan keikhlasan demi kestabilan serta masa depan bersama rantau ini.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan layanan mesra yang dihulurkan kepada tetamu sepanjang tempoh kepengerusian itu.

“Kepengerusian ini mengangkat Malaysia sebagai rakan yang diyakini dalam usaha mengekalkan keamanan, kestabilan dan harapan di rantau ini. Semoga ia berkekalan, insya-Allah,” kata beliau.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sejak penubuhan blok serantau itu pada 1967 selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Filipina mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN daripada Malaysia pada 2026.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCMC amendment bill tabled for first reading in parliament

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (Amendment) Bill 2026 was tabled for first reading in the Dewan Rakyat, proposing expanded functions and higher contract limits.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings