the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia bergelut sebelum tewaskan Bangladesh 7-1 kelayakan futsal

KUANTAN: Malaysia terpaksa bergelut sebelum mencatat kemenangan 7-1 ke atas Bangladesh dalam aksi kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Asia Futsal 2026.

Ketua jurulatih futsal kebangsaan Rakhpol Sainetngam berkata skuad negara mencipta banyak peluang pada babak pertama namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan peluang itu gagal disempurnakan.

“Kita lakukan banyak kesilapan terutama di bahagian serangan, sebaliknya Bangladesh bermain dengan baik, pertahanan mereka mantap,” katanya pada sidang media pascaperlawanan di Stadium Tertutup SUKPA.

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia bergelut di babak pertama apabila Bangladesh berjaya mengimbangi permainan sebelum skuad negara menambah deretan jaringan di separuh masa kedua.

Pengendali dari Thailand itu berkata selain kesilapan mengatur strategi, pemain juga beraksi dalam tekanan apabila pihak lawan menyamakan kedudukan setelah mendahului 1-0.

Mengenai aksi terakhir berdepan Iran esok, Rakhpol mengingatkan anak buahnya supaya tidak gentar walaupun berdepan lawan mereka yang merupakan kuasa besar Asia.

“Kita perlu kekal fokus dan berikan bermain dengan baik…ini ‘rumah’ kita. Kita akan lawan dan yang penting taktik lebih baik digunakan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Bangladesh Saeid Khodarahmi berpuas hati dengan semangat juang dipamerkan anak buahnya pada perlawanan semalam.

Beliau turut mengakui tahap kecergasan dan pemahaman taktikal masih menjadi kekangan, apabila hanya sebahagian pemain mampu mengekalkan intensiti permainan sepanjang perlawanan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings